Tuesday, May 29, 2012

Abnormal

Macam kau cakap, kita tak mungkin dapat bersama sampai mati. Sememangnya benda tu mana pasti. Tuhan kah kau ni atau dahi kau sudah tertulis takdir yang boleh kau baca setiap hari. Dan. Kau nak tengok aku kahwin dengan siapa lelaki bertuah tu. Mungkin masa tu air mata kau akan jatuh menitik buat kali ke berapa. Masa tu jugak aku dah tak mampu tadah tangan dan tahan lutut kau yang lemah longlai. Nanti apa kata teman sebelah aku yang sedang tersenyum berimpikan cinta dan tubuh aku.

Tak akan bila aku sudah dimilikki baru kau datang seperti superman dan mencium bibir aku untuk milikki cinta aku yang tak pernah kita berdua konfes. Tak akan masa itu kau mahu teman aku jatuhkan talak cerai sedangkan aku sedang belajar apa itu isteri. Tuhan sendiri tak suka siapa jadi pemusnah rumah tangga. Ya. Rumah tangga orang yang dah berkahwin bukan bercouple.

Kan dah cakap jodoh kita misteri. Kuasa tuhan yang maha hebat. Jangan hakimi jiwa hati aku lagi. Lebih baik kita diam. Sayang dalam diam. Biar penduduk tanah kecoh menggegarkan sfera bumi kata aku saiko atau kau sendiri yang buta. Aku cakap biar.

No comments:

Post a Comment