Wednesday, October 16, 2013

Antartika

aku tak mahu engkau rasa tak gembira bila di sisi
seperti otak aku dihimpap simen baru bancuh

kemudian, keras.

otak aku tersekat di tengah simen mentah
memikir dalam masa singkat

apa jalan paling pintas?

untuk engkau gembira sentiasa
iaitu aku musnah dalam segala
ingatan

kerana aku bawa segala malang
dan duka tak tersembuh luka

maafkan aku, pencinta.




No comments:

Post a Comment