Tuesday, December 17, 2013

Aura

ketika aku menggalas beg dan mahu melangkah keluar dari pintu, kereta kenari memang terparking cantik depan rumah. tapi aku dapat rasa sesuatu yang tak berapa nak cantik jika pintu kereta itu aku buka.

ya, memang dari jauh aku dah merasa aura aura tak berapa cantik dalam kereta itu meronta ronta sambil menjerut leher masing masing. walaupun mereka adalah aura yang sama, aura negatif.

aura aura dalam kereta itu mahukan aku, mereka memandang aku dengan jelingan paling tajam. aku rasa aura ni aku mampu tangani. ala, macam makan kacang gajus.

saat aku langkah masuk ke dalam kereta, manusia berbadan tanpa kepala di tempat duduk pemandu meminta aku menyumbat earphone ke dalam telinga. ketika itu aura aura negatif sudah mula menjerut leher aku tanpa rasa simpati. dia kata jika mahu hidup, benarkan aura aura ini menyerap ke dalam tubuh. tidak, aku tak akan benarkan sama sekali. aku sedang berperang, hati sudah aku dawaikan dengan dawai paling kebal.

sepanjang satu jam dua puluh minit aku menangis kerana sakitnya mereka gigit gigit seperti tikus - rakus. lagi sakitnya aku melihat manusia benarkan aura negatif mengalir secara percuma ke setiap aliran darah dan memeluk tulang tulang rangka erat sekali.

bunuh la aku dengan pantas bukan perlahan, tolong.

No comments:

Post a Comment