Friday, May 17, 2013

Scared


Home alone. Be alone again.

Bila kau bergembira dan kau mahu ada seseorang yang dengar setiap cerita kau sampai tertidur tapi tak ada. Dan kau cuma log in blogspot rahsia untuk bercerita tak ada siapa yang baca.

Bila kau terjaga dari mimpi buruk dan kau rasa macam mahu peluk seseorang di sebelah tapi tak ada. Dan kau ambil handphone mahu harapkan seseorang tenangkan kau tapi tak ada.

Bila kau sakit demam dan kau mahukan seseorang ambil berat usap embun kepala tapi tak ada. Dan kau gagah berdiri berjalan dengan pertolongan geseran tapak tangan di dinding untuk mencari seseorang tapi tak ada.

Bila kau terdengar sesuatu bunyi pelik waktu malam yang kau katakan hantu ataupun manusia jahat dan kau mengharapkan ada seseorang untuk protect tapi tak ada.Dan masa tu ketakutan kau cuma berkongsi dengan selimut.

Bila kau rasa sedih dan kau mahu ada seseorang  turutmerasakan sedih itu tapi tak ada. Dan kau mencari seseorang untuk bersembang dan tiada siapa yang kisah tentang kesedihan kau.

Bila kau rasa kau perlukan seseorang tapi semua orang ignore dan buat-buat tak kenal siapa kau. Dan masa tu kau betul-betul seorang diri dalam telaga jerit pun tak ada siapa yang dengar.

Bila ada seseorang yang datang kepada kau tapi mereka yang datang seperti tak ada. Dan kau tahu mereka sebenarnya pura-pura. 




Ini bukan kejatuhan tapi kebangkitan.

No comments:

Post a Comment