Thursday, May 16, 2013

Sindrom


Ibu suruh aku berhenti apa yang aku tengah buat. Tapi aku berdegil jugak. Bapak pun sama suruh aku berhenti.Aku tetap tak nak, degil paling degil.

Bapak ambil gunting dan membuka kaki gunting seluas-luasnya. Ruang terkangkang luas diselit dengan selamba di celah-celah telinga aku. Aku menjerit minta tolong ibu.Tapi ibu buat-buat pekak macam mana aku buat beberapa minit tadi. Aku terasa mahu derhaka dengan mereka berdua. Ah.

Aku ambil kerusi rotan di depan televisyen. Aku mengangkat setinggi-tinggi dengan niat mahu hempas dekat bapak tapi tersangkut antara tiga bilah kipas. Aku tetap menggenggam kuat dan aku terpusing mengikut kipas. Tangan kanan aku menggaru kasar telinga kanan aku sebab gatal. Aku terlupa yang telinga aku sudah digunting sampai habis. Aku terjatuh atas bapak. Bontot aku tertindih kepala bapak. Aku tahu mata bapak buta sebab tu dia gunting telinga aku sampai habis. Ibu pulak bisu tak dapat bersuara. Kalau tak mesti dia dah jerit dekat bapak suruh hati-hati bontot aku nak tindih kepala dia.

Aku ambil tangan bapak yang tengah pegang gunting.Aku cakap kuat-kuat. Aku suruh bapak keluarkan jantung aku. Kalau boleh aku tak nak jantung ni hidup dalam badan aku dah. Tapi kali ini bapak buat bodoh. Yang dia buat cuma meraba-raba tangan aku dan memaksa aku pegang gunting tuBapak kata "Tikam aku, tikam aku. Kau tak nak dengar cakap aku. Ha. Tikam aku!"

Aku jerit "Bapak" banyak kali. Bapak tak jawab. Hentakan bontot aku memang super power, bapak dah jadi pekak, ibu tetap dengan bisunya.

No comments:

Post a Comment